Thursday, March 17, 2016

What Define You?

Hi, Assalamualaikum :)

First thing first, nak share quote yang terlintas dalam kepala pasal topik ni:
"You are not defined by your past, but for what you are in the present"
Ok, sekarang bayangkan korang berkawan rapat dengan seseorang yang mempunyai pendidikan sehingga ke tahap Sarjana (Masters). Mesti rasa kagum kan? Ok, bayangkan lagi yang seseorang tu sekarang dalam pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD.). Bertambah kagum, kan? First impression mesti akan terlintas "Wahh, hebatnya boleh sambung PhD! Bukan semua orang mampu nak sambung sampai peringkat tinggi macam tu." And the list goes on and on and on. Semuanya penuh dengan puji-pujian, ayat-ayat kagum semua tu lah.

Plot twist sikit. What if kalau aku cakap orang tu sebenarnya waktu zaman remaja/muda/teenagers, dia seseorang yang boleh dikategorikan sebagai rebellious? Sangat-sangat rebellious. Memang jenis tak makan saman lah orang kata. Degil, keras kepala, kepala batu semua ada. Nak ikut peraturan? Memang tidak lah jawabnya. Cakap je peraturan apa lagi yang belum dilanggar. So, sekarang ni nak tanya semula. Adakah first impression korang tadi masih kekal atau dah terserong sikit? Masih kagumi dia atau korang dah mula skeptikal? Masih nak berkawan seadanya atau pilih nak menghakimi masa lalu dia?

Ok la, sebenarnya terpulang pada korang la nak buat apa dengan friendship korang. Tapi tengok balik quote kat atas tu. Past is past. Itu masa lalu dia, yang mana dia sendiri malu bila ingat balik. Kalau boleh undur masa, agaknya dia sendiri pun nak tebus balik kesalahan masa lalu dia tu. Thinking back, itu zaman remaja. Biasalah zaman rebel, bezanya cuma tahap rebellious tu je. Ada yang tak berapa nak rebel sangat, baiiiiik aje. Ada yang hell gila perangai sampai orang boleh kata "tak jadi orang la budak ni". Alah, zaman sekolah dulu mesti korang ada kenal orang macam ni kan? Aku dulu pun rebel juga. Dari Kuantan turun KL tak bagitahu parents. Tapi sudahnya kantoi jugak. Berasap la telinga kena bebel. Kalau teringat balik rasa macam heiii kenapa lah aku buat  macam tu dulu. Tak boleh fikir ke apa?

Tapi itulah realitinya. Waktu kita buat dulu tu fikir seronok je. Fikir lepas diri sendiri je. Akal tak panjang nak fikir baik buruk. Tang nak buat nakal tu je akal panjang. Bila dah dewasa sikit ni baru la rasa macam nak cepuk diri sendiri sebab baru terasa kebodohan buat keputusan/tindakan macam tu. Agaknya kalau tak dimarah, ditegur, entah apa jadi la agaknya sekarang. Betul tak?

So, berbalik semula pada quote kat atas tu. Siapa kita adalah kita yang sekarang. Apa yang kita dah buat untuk masyarakat, untuk agama, untuk negara. Paling penting, untuk diri kita sendiri. Adakah kita berubah ke arah kebaikan atau makin buruk? Tak dinafikan lah sekarang pun kita mungkin belum cukup matang nak buat keputusan besar, tapi sekurangnya makin baik menilai baik buruk. Harapnya lah. Sejujurnya, aku tak rasa aku ni cukup matang walaupun ramai orang cakap aku lagi matang dari usia aku. Aku ada je lagi sikap budak-budak tu. Mengada-ada. Manja. Memang ada, cumanya tak ketara sangat kecuali dengan sesetengah orang yang aku selesa.

So, bear in mind that we are nobody to judge someone else's past. Let them deal with their past on their own. Focus on what they are now, the person they have become no matter how bad their past was. If you have a bad past, believe that you still have hope to change for the better. Like they said, tiada orang baik yang tiada masa lampau, tiada orang jahat yang tiada masa depan". There is still hope, people. Believe in it.


p/s: This is based on a true story told by someone to me. Name is private and confidential but what I can tell is that she is now indeed pursuing a PhD which I'm very proud of. She even said this, "Saya pun tak sangka saya jadi orang sekarang." I'm not really someone who judges other people and I'm not gonna judge her past because I'm much more interested in what she has become.

No comments: