Tuesday, February 23, 2016

Learn To Grow Up

Hello, assalamualaikum :)

To those who are waiting for my Japan trip, head over to my other blog please. Here's the link: Miya's

Ermm, actually takde idea pun nak tulis. Just nak luahkan perasaan sikit. Sikit je lah haha. Nak cakap pasal maturity and friendship. Tajuk common dan rasanya ramai je yang pernah melalui fasa-fasa ni, cuma cara nak handle tu berbeza, I guess. 

Okay, sebagaimana semua orang tahu, aku pergi bercuti kat Jepun baru-baru ni. All my close friends knew ever since the tickets were booked because I'm kepochi like that hahaha. But surprise, surprise... ada seorang yang aku tak bagitahu. Dah la tak ajak, tak bagitahu pulak tu! Sebab apa tak ajak dan tak bagitahu? Nak ajak cemana kalau dia lancarkan perang dingin selama 5 bulan, satu hapah berita pun takdak. Korang mungkin tanya, tak contact ke? Of course I did! Tapi kalau dah 2 minggu kau try call/mesej tak reply, kau nak buat apa lagi? Lelama aku pun give up lah jugak sebab ni bukan first time dia buat macam ni. Aku dah kenal sangat perangai dia, jadi aku pun stop contact dia. Thing is kan, rapat cemana pun kau dengan kawan kau tu, or BFF sekali pun, kalau kerap sangat dia buat perang dingin tanpa sebab, kau rasa kau mampu ke tahan sabar je? Lelama kau pun penat jugak nak layan. Bukan kau je, kawan-kawan kau pun sama penat sebab kena dengar 'drama' kau yang berulang ni. Kalah Astro!

Maka, nak dijadikan cerita lah kan, kononnya nak bagitahu la sehari sebelum fly. Tapi fikir balik, nanti karang lagi dia sentap bila dah nak pergi baru bagitahu. Gila susah kot nak tahan dari bagitahu especially through Whatsapp sebab dia pun berura-ura nak pergi holiday overseas. Perghh seksa dalam hati tu, Allah je yang tahu! Tu yang sudahnya aku tak bagitau pun hahahaha. Dah la kat Jepun tu tak dapat wifi, memang aku tak bukak Whatsapp la. Bukak pun cuma dr family and Kak Izan je. Tu pun dah kena jeling sebab aku tak bukak Google Maps ahahaha. Nak update Instagram? Harapan laa. Menyelit2 je update.

Agaknya dia ternampak kot aku update Instagram (sebab dia selalu kata kat FB tak nampak aku punya update), jadinya dia pun dah tahu la aku pergi bercuti overseas. Sebagai penambah perisa, travel buddy aku adalah seseorang yang dikenali jugak. Lagi la menghangatkan hati dia kan? Dah la tak ajak, tak bagitahu, pastu pergi pulak dengan orang yang dia kenal. Perghhh!

Balik dari cuti tu, aku tak terus contact pun. Dah 2,3 hari baru lah aku contact. Itu pun aku masih tak sentuh isu travel tu. Aku cuma tanya pasal body mist Body Shop aje. Saje la kan nak tahu dia pernah try ke body mist tu sebab dia kan suka pergi kedai tu. Rasanya ada 2 hari jugak la baru blue tick. Esoknya aku saje usik cakap busy sangat sampai tak reply. Sampai sudah tak blue tick weh! Gituhhhh. Tapi tengok last seen berubah je, profile pic pun berubah. Sesuatu sangat kan? Lol.

Hahaha sudahnya aku mampu gelak je. Aku assume dia sentap lah pasal trip ni sebabnya takkan la tetiba taknak reply mesej aku. Bukan aku ada buat salah pun. Like seriously kau sentap? Hadoi laa. Come on, bukan baru umur belasan tahun. Lagipun kau lebih dari mampu nak pergi sendiri. I mean, kalau kau mampu beli phone yang harganya sama dengan total perbelanjaan aku untuk trip ni, takkan kau tak mampu pergi kan? Boleh naik MAS lagi agaknya! Aku mampu AirAsia je lah, tu pun lepas 50% off. Kalau tak, tak jejak la aku ke negara matahari terbit tu.

So, aku nak cakap kat sini, learn to grow up and be mature, please. Masing-masing dah besar panjang, boleh buat decision sendiri. Kau patutnya happy sebab kawan kau dapat jugak pergi travel sendiri without parents. Ingat senang ke mak ayah aku nak kasi lepas? Kau pun boleh jugak. Aku tak rasa parents kau akan halang pun. Toksah la nak sentap ke, terasa hati ke apa. Buang masa je semua tu. Takkan la dengan kawan sendiri pun kau nak terasa sampai camni sekali? Jadi matang sikit k? Aku tau kau lebih dari mampu nak travel macam ni, in fact maybe kau takkan rasa pun tersekat dengan limited budget macam kitorang sebab kau anak orang senang. Kitorang dua ni orang sederhana je, nak pergi ni pun kerja keras macam nak rak tau!

Lagipun, kalau kau ikut kitorang hari tu, aku tak rasa kau boleh adapt dengan hectic life kat sana. I mean, kau sendiri pernah cakap kau tak suka nak guna public transport etc etc. Kitorang kat sana takde sekali pun guna taxi okay. Sama ada jalan/naik train je. Kau sanggup nak berlari-lari kat train station pastu dengan sesatnya lagi? I'm sorry having to say this, but I don't think you'll suit backpacker/traveller style trip. You are surely to be a tourist, where everything is of easy access. Just... grow up, okay? Learn to be happy for others. They deserve it too.

No comments: