Tuesday, March 4, 2014

Part 4, Second Year

Hai, assalamualaikum!

Perghh lama sangat dah tinggal blog ni. Berhabuk, bersawang, ber tah apa lagi semua ada. Hahaha. Takde mood lah nak mengadap blog. Cuti sem pun buat apa je selain menghabiskan duit, minyak dan beras. Hahahaha.

So, hari ni dah officially masuk second year, semester 4. Sem ni sumpah nervous, takut, risau.. segala macam perasaan ada. Dah la kali ni semua subjek law except ade English and BM. Serius ahh kena belajar BM? Adoii. Tambah tak best, classmates semua bertukar. Pe hal saja la UiTM ni nak menukar2 classmates aku ni? Nak bg kenal satu batch eh? Urghh, sabar je la.

Then, tadi baru dapat tahu (yes, tadi.) jadual subjek elektif bertukar. Penat susun jadual taknak kelas petang (rela lagi aku kelas pagi dr ptg after lunch!), alih2 elektif bertukar petang khamis. What is this madness? Aduii la haiii. No, I will never, ever change my elective. Ikutkan saje la UiTM punya style. Takleh buat apa.

--------------------------------------------------------------------------

Cerita random awal sem pulak.

Dinner pecah perut with my Cik Embun semalam. Tak cukup whatsapp sepanjang sebulan cuti (cause we're cool liddat), jangan kata whatsapp je, siap on call selama sejam (tah merepek apa je). Nasib baik landline free. Takde la rasa bersalah sangat nak call lama2.

First day balik Shah Alam, last Sunday masing2 dah eager nak jumpa. Rindu siottt sebulan tak jumpa. Makanya bertapalah Cik Embun kat bilik sampai almost 10pm. Hahah. Dapat pau Tanjung Malim!!! Yeszzaaa feveret tuhh. Nyamnyam. :9

Tak cukup malam Ahad tu jumpa, Isnin tu siap lunch sama. HAHAHA. Tapi sebab ade orang rosakkan mood, plus xde selera nak makan kat kafe fac, malam tu terus ajak proper dinner. Boring lah makan kat DC. Nak keluar jugak. Nasib baik Cik Embun nak jugak keluar. Kalau tak termenung makan sorang2.

Sebab apa pecah perut? Makannya sikit, gelaknya macam apa. Nasib la meja sebelah tu dengar kitorang gelak terbahak2. I enjoy this type of lunch/dinner. Makan sambil gelak2. I really miss that moment bila kat sekolah dulu makan dgn kawan2 kat DM dgn riang ria suka suki. Mengah sebab gelak je, bukan sebab makan banyak. Balik kolej dah almost 10pm. Cik Embun duk luar, so dia pun kena la balik awal. Kesian penat first day class and kena cubit masa lunch (sbb  dia nganjing aku ngan Nazreen, padahal aku xde pape pun dgn mamat tu.)

Ahhh hopefully sem ni ok2 je. Taknak la stress2 walaupun start dari first day dah stress macam apa. Keep calm and finish law school. #ehh

No comments: