Wednesday, January 1, 2014

Luahan Hati

Assalamualaikum!

Yeayyy first post for 2014! HAHA. Well, I'm turning 21 this year. Cik Kawan Comel turning 21 this 5 January! She's so much like my sister because she was born exactly 9 months before me. Nak celeb katne taktau lagi sebab 6 January dah start final exam.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sebenarnya nak meluahkan perasaan ni. Haihh. Sedih benar rasanya. Tahu tak, sebenarnya susah nak bagitahu kat seseorang yang kita sebenarnya terluka dengan dia? Sebab apa? Sebab kita taknak kehilangan dia. Kita terlalu sayangkan dia, hubungan baik kita dengan dia.. Maka kita diamkan saja. Terima saja apa dia lakukan sampai kadang hati ni dah tak rasa apa.

Post kat Tumblr sekarang lebih beremosi. Kebetulan ada orang yang perasaannya sama. Situasinya mungkin lain, tapi perasaannya satu. Terluka. Kita nak dia faham, sedar tapi kita lebih sayangkan hubungan tu dari berterus terang. Kan?

Tadi secara berkias, aku cuba bagi hint yang aku PERNAH terluka dengan dia. Bukan marah, tapi terluka. It's not mad, just hurt. Deeply hurt! Yang ini aku tak berani cakap depan-depan sebab musim exam ni cepat benar terasanya. Nanti gaduh tak best lahh. Yang aku pernah cakap aku terasa aja. Lain tau terasa and terluka. Takat terasa tu, chillax ahh. Bukan ada benda pun. Pejam mata hilang dah.

Tak tahu dia faham ke tak. Hihihihi. Takutlah nak cakap. Saya sangat sayangkan dia, hubungan baik dengan dia. Ehh saya pulak. Baiknya, atototo.. :p Tak tahu nak cakap apa lagi. Nak sambung study. 



The reason why :)

No comments: