Wednesday, December 25, 2013

Imbas Kembali

Haiii, assalamualaikum :)

Ceyy, dah lama tinggal blog, baru ingat nak ke pangkal jalan ya? :p Maaf maaf, lebih aktif tumblr narnya. Nah link: HeartBeats

Skrg tgh study week. Kali ni lama sikit, dpt 2 minggu punya study week sbb paper start lambat. Which means abes pun lambat lah juga kan? Start 6 Jan, abesnya 18 Jan. Huwaaaa! Nak blah dr Shah Alam cecepat! :'(

Khamis lepas, for the first time bestfriend, Syaz datang overnight kat bilik. Kitorang bese jenis keluar makan shopping makan (tekankan makan sbb tu mcm aktiviti wajib bila keluar sama. LOL!) Asalnya nak tolong dia buat keja je but since keja tu siap pukul 3.30 am, mmg tak lah aku nak bagi dia drive balik rumah sensorang. Stay aje la kat bilik aku.

Bila ditengok balik, diimbas balik.. memori aku dengan dia sangat sikit masa kat SAMURA. Aku rasa banyak lagi memori dengan budak koir, budak dorm, budak kelas.. and few other random people mcm Nuha, Que, Afieqah and sape2 tah lagi. Tengok lah, sepanjang 5 tahun kenal, aku ada satu je gmbr dgn dia.

Syaz, tang mana kita boleh jadi rapat haa? Kau tahu tak? Takkan sebab kita geng bangun-awal-pagi-rebut-toilet kot? Tu je memori kita? Lawak sehhh. Macam sikit sangat jeee. Ada la kita pi makan kat DM sesama, riadah sesama.. tapinya.. macam mana sebenarnya aku boleh rapat dengan kau? Hmmm. Lepas aku salah faham dengan Zaf ke? Entah la weyy. Aku cuba cari memori yang membuatkan kita rapat, tapi macam tak tahu yang mana.

Takkan insiden fish pond kot? Aku rasa tak sebab masa tu rasanya dah rapat dengan kau. Kalau tak, takkan la aku boleh menangis-nangis cari kau? The memories are very vague, blurry.. Kalau kau tahu buleh bagitau tak? Kalau org lain bila tanya mcm mana kenal bestfriend, dorg boleh bg seribu satu memori masa first time kenal. Kalau tanya aku.. takkan nak jawab toilet kot? AHAHAHA. Ok, gurau. Geng surau? Huishhh jauh sangat tuuu. Ahahaha. Aaaa, tapi aku ingat aku selalu semayang terawih dgn kau! Kalau nak ngelat semayang kat belakang, aku semayang dgn Nuha.

Yang paling sure, time bulan Ramadhan tu kita memang dah berkepit dah. Aku ingat kita sesama pi 'bazar' kat Astaka tu pakai selipar aja. Gila punya pemalas. Tak senonoh betul. Pastu lepak kat Gazebo saaaaampai dah nak azan. Citer apa pun entah? Kita duduk tempat yang sama. Kelas dgn dorm je lain.

Hahahaha. Nanti la aku pikir2 camne kita boleh rapat. Aku takde idea langsung skrg. Tapi aku rasa lepas insiden aku salah faham dengan Zaf. Or masa aku still rapat dengan Zaf, then aku suka pegi dorm korang. Tapi kaaaan, dulu kaaaan aku takut nak kawan dengan kau sebab kau garang sesangat! Aku ni kan ke perangainya mcm kanak-kanak riang dapat gegula. Hahah. Tapi makin besar ni, kau pulak yang makin lembut, aku yang jadi naga. Roaaaaaarrrr!

Tak tak. Aku still kanak-kanak riang yang sama. Cumanya bukan depan kau lah. Aku takut lagi dengan kau sampai sekarang. *gigil gigil* Peaceeee!

Ok, ok dah panjang sangat ni. Sambung baca Criminal Law.

No comments: