Sunday, November 11, 2012

Are You True Enough?

Hello everyone. :)

Kat lappy menunjukkan jam 1 pagi. Amboi, rajin betul nak update blog tgh2 malam ni kan. Esok dah la ade senamrobik. Haihhh, pagi Ahad pun kena ganggu ke? Takpe la, adat hidup student kan. :)

So, kali ni, nak share pasal 6 PETANDA SAHABAT SEJATI. Adakah antara kawan kita yang memenuhi kriteria ini? Jom check out!

Petanda Satu: Muafakat/Kerjasama


Macam lagu Wonderpet, "Apa yang penting? Kerjasama!" So, kalau nak tau kawan kita tu sejati ke tak, biasanya dia akan menolong kita bila dalam kesusahan dan tak mengharapkan balasan. (Kalau nk balas pun dia tak menolak. Hehe. :P)

Petanda Dua: Tak Hipokrit


Yang ni sangat penting. English-nya, essential. Kawan sejati takkan berpura-pura dengan kita. Orang Melayu kata, talam dua muka lah. Dia takkan tikam kita dari belakang. Macam mana dia dengan kita depan mata, macam tu jugak la dia kat belakang kita. Dia takkan cakap belakang dan menjatuhkan kita.

Petanda Tiga: Selesa



Kita akan rasa selesa dan menjadi diri kita sendiri bila kita bersama kawan sejati. Tak kisah la kita ni jenis gila-gila ke, drama queen ke, diva ke.. Dia takkan komen apa-apa. Kadang-kadang dia pun sama perangai macam kita! Haha. :D

Petanda Empat: Gambaran Sempurna

Ni bukan la bermaksud kita kena jadi perfect. Takde sape yang perfect dalam dunia ni. In true friendship, there is no such thing as differences. Ok, maybe la ade sedikit perbezaan dari segi minat atau ape-ape, tapi perbezaan tu sikit pun tak menjejaskan persahabatan kita. We accept as it is. No big deal.

Petanda Lima: Diari Hidup


Hati seorang sahabat yang baik dibina dengan kasih sayang dan tidak kenal erti khianat. Kawan yang baik takkan mengkhianati kita dalam apa jua situasi. Walaupun ada benda yang dia tak berapa berkenan atau suka, dia takkan sekali-kali menjatuhkan kita. Malah, dia bagi lagi semangat atau nasihat kat kita. :')

Petanda Enam: Melihat dengan Mata Hati



Yang ini antara bonus karakter dalam seorang kawan. Kawan sejati, bukan kawan biasa. Kawan sejati tak mempersoalkan apa yang kita buat dan dia tau apa sebab tindakan kita tu. Dia tak ragu-ragu nak betulkan kesilapan kita, apa lagi menyokong kita. That's what friends are for, right? :)

So.. yeah. Are you true enough to your friends OR are your friends true enough to you? Make ur own checklists. :)


No comments: