Monday, October 29, 2012

You're much better :')

Assalamualaikum :)

Tengah-tengah malam cenggini mula la segala macam emotions kuar. Haihhh.



Saje nak coret2 benda. Rasa mcm lama tak update. Skrg tgh cuti mid-sem. Seminggu. Bunyi macam bahagia ek? Padahal naik cuti ni, macam2 test menanti. Dengan assignment lagi. Dah la assignment tu tak paham soalan. Taktau lecturer nak apa sebenarnya. Adoyaii. =.='

Da lari tajuk ni. Sebenarnya nak cakap pasal kolej. Hahaha. Antara dorm, rumah hostel and kolej, rasanya dorm la yg paling excited nak balik. Aku pun tak tau nape. Padahal kalau ikutkan, dorm dulu laaaaaagi ramai. Ade 16 orang kot! 8 org Form 5, 8 org Form 4. Katil double decker. Acane tuhh?

Dulu kalau kt SAMURA, gerak kul 3 pn smpt sampai sekolah on time. Before 6pm la narnya. Sampai dorm, unloading barang, kemas2, gi mandi. Cukup time, makan dinner kt Dewan Makan (DM). Malam pulak ada prep. Haa, sebab ade prep kot! Malam tu la baru nak siapkan homework bagai. Sambil tu bergosip dengan classmate. Malam sambung gosip dengan budak dorm pulak. Haiii, indahnya waktu sekolah dulu, especially senior year! Rasa macam nak sekolah balik pulak. Haha. Sekarang dormmate pun dah merata-rata. Kat Shah Alam ade, UK ade, India ade.. Indon pun ada! :)

 Classmates :)

Dormmates, Sarjana 6 seniors :)

Kitorg ni, boleh tahan gila-gila jugak kat sekolah dulu. Kalau tak langgar peraturan tu, bukan student la namanya. Haha.

Ni antara gambar kitorang kat salah satu kawasan larangan sekolah. Hihi.

Tapi tu la, masing-masing dah jauh. Nasib baik la teknologi dah canggih. Ada facebook, twitter, skype, bla bla bla lagi, so boleh sentiasa in touch. Ni baru la orang kata dunia tanpa sempadan! Kan2? Takde masalah nak berhubung. Kalau nak call tu yg mahal sikit. Hihi. Kna la guna online. Free aja!

Setahun selepas SPM. Si baju putih tu dah kat UK. :')

Compared to masa kat Kuantan, aihh.. malasnya la nak balik. Suasana lebih kurang SAMURA je. Ada 15 orang satu rumah. 5 in a room. Maybe sebab lain2 background, so tak ngam sangat. Pulak tu ada yg first time duk asrama, so peel lain macam sikit. Demand ade, gedik ade, ngade2 ade. Macam2 lah! Pulak tu, bukan slalu blh balik. Boleh je balik, tiket tu mahal! Sape sanggup nak balik! Kalau kena balik Kuantan semula, rasa macam alahaii.. bertnya hati! Sekarang rindu je Kuantan, tp takde la rasa mcm nak pergi selalu. 

Kat Shah Alam ni pulak, confirm every week balik, unless ada program. Seronoknya rasaaaa!   Tambang pun baru RM3.50. Tak mahal pun. Naik bas T603 sampai Seksyen 2, pastu tukar bas U80 sampai KL. Pastu ikut ayah balik. Muahahahaha. Tapi still, tak rasa seronok nak balik Shah Alam semula. :(

SAMURA, you're still the best thing that ever happen to me. Sar 6ixians, you're the best girlfriends ever! Rindu koranggggg! :'(

No comments: