Friday, September 28, 2012

Setelah Lama

Assalamualaikum and hello :)

Rasanya dah lama tak menulis kan? Ada je cerita, malas je nak menulis. Hihi. So, where do I start off my story eh? Lets start with last week.

Isnin lepas, yakni 17 Sept, pegi la jalan2 kat area Shah Alam ni. Since that day is my sister's birthday, I decided to find something for her. I thought of going alone, but around 11am,  someone knocked on my door. Curious lah jugak kan. Sape pulak rajin nak dtg bilik time2 ni. Rupanya Ain. So kitorang pun gerak sama. Mula gi Seksyen 2, print nota lah, borang la and macam2 la. Dah settle sume, baru gerak gi Menara PKNS. Saje nak tengok2 ape ade. Lagipun nak cari kedai buku. Ada akta ape tah lecturer suruh beli. Kitorg naik bas U80. Bas tu KL wooo! Nak aje terus gi Mid tapi cm jauh pulak. Hihi. Sampai je PKNS, terus gi makan. Dua2 tak breakfast, bantai brunch kat McD. Hoho. Tapi kat situ takde GCB pulak, so order Filet O Fish aje. Sedih. (konon!) :(

Lepas makan, pusing2 kejap pastu jumpe satu kedai buku ni. Try cari akta2 tu kat situ tapi xde pulak. Alahai.. Then terus gi SACC Mall belakang tu. Since dah Zohor, kitorg gi solat dulu baru shopping2. Wee~! Masa nak cari surau tu, nampak MPH. Dah excited dah nak pegi. Abes je solat terus pegi and cari buku yang menarik. Tanya kat kaunter tu, takde ke akta sekian sekian ni. Dorang kata takde. Hmm.. hampa lg. Nak buat camne kan. Then pusing2 dlm tu and berkenan kat satu buku ni. Terus beli. Hoho. Padahal buku yang beli hari tu tak abes lg. Kat Ground Floor tu MPH ade buat mcm book fair. Nampak la komik yang menarik and sedang dikumpul. Pun beli jugakkk. Kekeke.

Dah takde benda nak cari kitorang pun balik. Tunggu bas kat PKNS td. Pastu ade bas Rengit lalu. Setahu kitorang memang bas Rengit ada lalu dlm UiTM. Driver tu pun tanya, student ke? Kitorang assume yang dia nak masuk UiTM. Kitorang pun naik la. Masa dlm bas tu mmg tak expect pape lah. Sekali dia hantar kitorang kat MSU. Kat Seksyen 13. Jauh gilaaa! Kampus kitorang Seksyen 2 kot! Adoi laaa. Nak tak nak, kena la turun kat situ. Terus call ayah kata da tersesat sampai ke Seksyen 13 ni haa. Ada la dlm sejam gak tunggu bas. Nasib baik mmg ada bas Rapid lalu situ! Dapat jugak la balik UiTM ni haa. Hadoii. Kelakar betul!

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Okay. Tu satu. Next is, aritu ade apply for Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK). But thinking of nanti busy, tak jadi. Resign halfway. Haha. BUT! That's not the end of it! Hari ape tah, ade meeting blok Delima 3. Meetingnya pulak pukul 10 mlm. Sampai dah tertidur menunggu benda alah tu start. Tgh syok2 borak2, gosip2 time meeting tu (kes ngantuk gaban!) tetiba Anees calonkan nama. I was like, what the hell just happened?? Dengan blur2 tu bangun jugak la ke depan. I was the first person to be called in front (utk bahagian AJK. HIi Comm sume dah lepas.) and I'm standing in front with confusing face. Macam ape je masa tu. Tak lama pastu berderet2 budak Kuantan yg lain kena panggil. Heh, assabiah! Alas, dpt la jadi Ketua Aras 1 utk Delima 3 tu and Aras 1 cuma ade 12 bilik. Haha. XD

Hmm.. apa lg ya? Itu je la kot. Ada jamuan Raya Fakulti hari Rabu malam. Makan sedap woo. Pegi dgn my twin, Afiqah. Ya ya je twin. Haha. Org kata muka kami sama. Ya ke tidak entah laa. Kekeke. Itu je la kot. :) Maaf la panjang. Lama tak menulis!

No comments: