Monday, August 27, 2012

Salam Aidilfitri :)

Hai, Assalamualaikum semua! Wahh, sume dlm mood raya lagi ek? First sekali, Selamat Hari Raya and Maaf Zahir Batin. Maaflah kalau ada yang terasa ke, tersinggung ke.. Manusia biasa kan, tak dapat nk elak. Hehe.

Tahun ni raya Johor dulu, belah mak. Raya kedua baru balik Pahang. Since dah besar, so Raya rasa mcm biasa je. Lebih tertumpu pada kuih muih di rumah orang (erk?) berbanding duit raya. Hoho. Tapi sempat pegi 2 rumah je. Mak demam la pula. :(

Gambar raya tak banyak pun. Nak upload pun segan. Orang lain gambar family penuh, sampai tak nampak muka. Family aku lebih dari nampak! Haha. Family kecik je. Duk rumah pun main dgn kucing. Nasib baik la kucing tu comel. Hihi. Nama dorg Oyen dgn Luewish. Nanti la upload gambar ek? Tak jumpa cable camera tu.

Pastu, setiap kali raya mesti ada kejutan. Last year ade 2pupu kat Kuantan. This year, ade pulak sedara yang kat SAMURA. Form 4. Dorm Sarjana 4. Balik kampung belah ayah pulak, rupanya anak kawan ayah pun dulu SAMURA. Tp lelaki la. B28. Hoh, kenapa aku tak pernah nampak ek? Memang aku ni dikelilingi Samurians and Lawrians je kot??

Kali ni raya kat Cameron. Jangan jeles, kampung aku ngan Cameron tu sejam je. Sejukkkk kat atas tu! (Sbb nak ujan!) Bayangkan, naik atas tu semata-mata nak makan aiskrim strawberi and strawberi cicah coklat jek? Haha! XD

Then, dpt benda yg paling diingini, sunflower seeds! Dah lama pujuk mak mintak tanam sunflower kat rumah. Lawa kot! Bright, cheerful, happy! Kan? For the time being tanam dlm pasu dulu kot? Nanti baru tanam kat tanah. Pastu ade beli kaktus jugak. Omooo! Comel gilakk! 6 for RM10. Murah kan?

Dah la, byk pulak celoteh. Hihi. ^^v

No comments: