Tuesday, August 28, 2012

2 days more

Hai and hello. :)

Hari ni dah Selasa. Cam cepat je rasa. By the end of this week, dah nak berhenti keje dah. Nasib baik daftar lambat sikit, ade la masa nak senang2 kat rumah. Hoho. Alah, seminggu je pon!

Kalau org lain ade pengalaman best masa keje, aku nak citer ape je? I am the ONLY worker. Takde kawan melainkan abang kakak Bank Islam, Akak kedai BAKIT and.. err, boss aku sendiri? Hahaha. Bank Islam tu tempat kedua aku paling kerap pergi selepas kedai BAKIT. Kedai BAKIT tu mcm kedai runcit narnya. Hehe. Bank Islam tu sebab selalu tukar duit. Kat situ jugak la aku masukkan duit gaji, buat akaun SSPN, bla bla bla lagi..

Sepanjang keje, mcm2 kerenah aku jumpa. Tp yang bestnya, aku dapat baca buku free, tengok CD free, baca Quran free and makan kurma free. Hahaha. Masa free pun byk! Aku keje 3 jam je. Pagi and petang tu dah takde customer sgt. Relax je.. ^^v

Malas la citer pasal customer. Macam2 ada! Tp dah boleh kenal la sape yg biasa dtg, biasa beli dan biasa tengok2. Kalau yang takat nak tengok2 tu, biasanya aku biarkan je. Kalau betul nak beli, dorang cari la aku. Hihi.

Nanti aku upload gambar tempat keje tu. Kecik je pong! Takde besar mana. Hmm, nanti benti keje nak beli something la. Tapi apa ya?

Heh, dah merepek pulak. Bye2.

No comments: