Monday, July 2, 2012

Ceritera Hari Sukan :D

Hello. :)

First skali, Spain menang EURO 2012!! *Eceh, padahal tengok pun tak! Haa, tahniah la ya! Malam tadi adik aku duk jerit2 tgh malam tgk bola. Rasa nak seligi aje. Nak bangun malas. Dah la tido lambat. Hahah.

Okay, bukan tu citernya. Hari Sabtu lepas, adik aku yang kecik, Alisya ade Hari Sukan. Hoh, kemain lagi dia paksa kakak dia ni bungkuskan baju skolah malam2 buta sbb kata cikgu nak hias. Masuk perbarisan katanya. Cait! Eventnya buat kat SMK Desa Perdana sebab skolah rendah tu takde padang. Sobs.

Makanya, pagi tu satu family la pegi tgk. Semalamnya, yakni Jumaat, dia dengan bangganya bawak balik silver medal. Naib johan 4x 200m tuuuu! Tang bila pulak budak ni kuat lari? Hahaha. Pagi tu drop dia kat sekolah dulu pastu gi makan. Nyam2.

Sampai sekolah event tak mula lagi. Duk depan sekali, konon nak view lawa la. Kehkeh. Since Rumah Hijau leading, makanya Rumah Hijau la yang mula perbarisan dulu. Jadi pahlawan tuu. :D Kacak bergaya auuuu!

tu, yg dlm bulatan merah tu.

Pastu, ade tarian budak tahap satu. Wallaweyy, lagu Waka Waka tuuu! Habis ucapan bla bla bla, mula la event2 lain. Mula dgn tahap satu, larian 80 meter. Fuyohh, blh tahan jugak budak2 ni ekk.

Hah, rupanya si kecik tu masuk larian lagi! Ingatkan dah abes. Tinggal perbarisan aje. Rupanya dia masuk 100m gak. Tapi, xmenang. Dapat no 4 aje. Tak cukup laju tuhhh. Haha. Tgh aci2 relax kt tepi padang, tetibe cikgu panggil. Aik, budak ni ade , masuk lagi ke? Ingat habis kat 100m tadi je. Sekali, amek kauuu! Masuk 4x100m pulakk!

Fuyooh! Unbelievable!!! Dia jadi last runner tuuuuu! Tu yang tak caya tu. Time org lain jogging, dia buat muka muncung aje. Jangan kata lari, jalan pun malas je. Ngamuk2 nak sarapan ade! Tang lari takde pulak. Nak tgk dia lari pun tunggu la dia main bola ngan abang dia. Duk berlari kejar bola. Jadi, bilakah dia berlari? HAHA.


Agak2 kan, gambar ni bagi jawapan tak untuk hasil larian dia? Rasanya? First? Last? Second? Third? Tercicir jauhhhhhh? Jeng jeng jeng.... Sebagai last runner, dialah yang membawa kemenangan umah Hijau. Wallaweyyy. Tak sangka adik aku ni kuat lari rupanya. Ingatkan tau ngamuk, nangis, jerit aje. Hahaha. 



Taraaaa! Gold medal tuuuuu! Heh, aku pun tak penah ade gold medal masa sukan. Sukaneka ade la. Balapan mmg takde laa. Berangan. Kalau lari, aku ni stok2 yang duk belakang2 aje. Haha. Merentas Desa takyah cakap. Tak pergi sokmo! Rasanya ade lah dua kali je. Kat SAMURA haremmm tak pernah. Masa form 4, cedera kat lutut. Baik punyaaa! Masa form 5, demam pulak. Hoh, cikgu suruh jd 'PBSM' . Pinjam baju Sue sbb Sue PBSM.

Compared dgn adik beradik yang lain, mmg Alisya ni paling gelap. Mana taknya, time tengahari terik tu laa dia nak main basikal la, main badminton la, bola la.. Selagi matahari terpacak, selagi tu dia kat luar rumah. Lutut dia takyah kata la, dah rabak asyik jatuh basikal!

Ape pun, dia ni je la kot yg suka sukan2 ni. Nak harap kakak abang dia? Selamat jalan jawabnya! Tapi, mak ngan ayah aku bukan sportsmen pun. Abes, dia menurun dari sape ni???

No comments: