Wednesday, May 9, 2012

Lalalalala.

Sekian lama aku tak menulis, sampai aku xtau nak buat intro ape dah. Title pun pening2 aku pikir. Haha. Aku pun tak ingat bila last post.

So, buat masa ni aku bekerja. Jaga kiosk buku. Memandangkan aku sakit kaki berdiri, selamba  rock aje aku pakai sport shoes  gi keje. Ahak! Stylo tak?? Kisah ape aku kalau orang kata pelik. Yg penting aku selesa. Oh, lupa! Kiosk ni terletak di Menara TM, KL. Sape area KL moh le singgah! :D Kiranya dah sebulan jugak la aku keje.

Deal dgn org bekerja ni mcm2 hal. And aku benci org panggil aku 'kak'. Ape kau takleh pikir ke aku ni lagi muda? Kalau aku lagi tua, takkan la aku nak keje kt situ oii! Cmane aku nak sara family aku cmtu! *kebengangan! Yang panggil kak tu aku blh tahan la jugak. Ni makcik2 yg dah tua sebaya mak aku ade hati nk guna 'akak' ngan aku. Euwww, geli la! Makcik sedar la diri. Saya bukan pangkat adik, saya pangkat anak! Grrr..!!

Stress aku dibuatnya! Lagi satu hal yg kerek2. Amboi, mentang2 la keje gaji ribu riban, nk bajet dgn aku! Huh! Tanya la aku elok2. Bukannya takleh. Nak jugak buat muka aku-lagi-bagus-dari-kau tu! Adoi la haiii. =.='     Okay, tak baik emo. HAHA. Keje kena ikhlas. :)

Baru2 ni juniors baru dpt tau tawaran U. Aku pulak yg over-excited tau junior dpt law. HAHA. Kenapakah? Dulu aku xtau pun ade senior amik law. Aku dpt tau masa aku dah nak abes Sem 1. Amboi, sedih betul. Masa aku mula dpt tawaran, mmg blur gila. Law tak pernah masuk dalam senarai cita-cita aku kot. HAHA. Tp takpe la. Tak kisah pun. So, memandangkan law ni bnda baru, ramai la bertanya. Aku pulak rajin nak promote diri. :p Aku harap jwpn yg aku bg tu memuaskan. Biarlah dorg rasa sendiri pengalaman tu. Hihi.

Erm, da xtau nak merepek ape dah. Tgh keje narnya ni. Takde customer. :)

No comments: