Friday, September 9, 2011

A Night to Remember :D

HAHAHAHA. KIHKIHKIHKIH.

Maaf atas intro yg kurang sopan itu. Hari ni ada benda lawak jadi. Takleh benti gelak wohh. Sangat la menggelikan hati.

Tadi after kelas BEL313, aku ngan Iqa pun gi la makan malam terus. Dah lapar kot! Masa nak gi tuh, hujan rintik2. Kira boleh tahan lagi laa. Tetiba, tgh elok2 makan, hujan lebat. Peerrgghhhh! Memang TERBAEKK! Pastu konon2 nak tunggu hujan reda baru gerak. Alih2 maikn lebat! Ah sudah! Pukul berapa pulak nak balik?

Tengok jam dah 8.45 p.m.. Nak tunggu bape lama lg nih? Takut hujan lmbt lagi berhenti. So.. apa lg, lari sekuat hati nak seberang jalan. Tgh2 lari tu blh pulakkk selipar tercabut. Hanyut dibawak arus. Nak biar, tu selipar baru. Nak tak nak, ambik je la. Org lain sume dah gelak2. Masa tu blkg kitorg ada Efa, Dee and Fish.

Lawak xyah ckp laa. Kat tangan kiri ada beg, tangan kanan pegang selipar. Dengan basah2 camtu. Dah tak peduli dah. Men redah jek. Sambil lari sambil gelak. Sudahnya aku balik bilik terus tak pakai selipar. Kaki ayam aje. Boleh bayangkan lari atas jalan tar kaki ayam? Sakit la jugak narnya. Tapi takde pilihan.

Hadoii..konklusinya, len kali bawak2 la bersabar. Tak larinya rumah tu. Buat malu aje!

No comments: