Sunday, August 3, 2008

Walkaton 'Walk With Me' Pandu Puteri

Hari ni ada Walkathon 'Walk With Me' Pandu Puteri kat Taman Metropolitan Kepong.Naik satu bas dengan SMK Taman Desa.Sejuk giler pagi tu...Sampai kat sana,first person jumpa,Leyya..(Coz aku tanya kat mana dia)Then nampak lak Abang Am..Wah..pagi2 lagi dah jumpa?Tinggal sorang je lagi nak cari,Norma.Mana ek dia?Utk pagi2 ni juz bg air n makanan.Pastu biasalah,ucapan perasmian (bla..bla..bla..) then senamrobik.Leyya is one of the aerobic instructor.Masa ucapan tu baru perasan Norma.Hehe..jumpa gak minah tu hari ni.

Habis senamrobik,baru start walkathon.Dia lepaskan primary dulu.Tapi kelakar la..nama walkathon,tapi budak2 tu pegi lari?Apa kes??!Lepas tu barulah secondary boleh pegi.Masa dah nak pegi Leyya lak kata tak nak pegi.La,apahal lak ni?Tadi ok,sekarang taknak pulak.Pujuk punya pujuk,ikut jugak minah tu.Masa kt pintu gerbang tu nampak Norma n Abang Am dah standby kat situ..Ohh...bestnya!Kena control senyum..nanti kena soal siasat walaupun cukup diketahui sebab-musabab sengih cam orang sewel..Hehe.. ;)

Sambil jalan tu Leyya citer la pasal dia pegi game Chelsea lawan Malaysia.Leyya kata Chelsea dah bagi chance Malaysia untuk menang tapi Malaysia main gilerr teruk.Leyya citer lagi yang penonton belakang dia emo giler.Haha..de jgak orang yang emo kat sana ek?

Macam-macam la kitorang borak.Pasal sekolah,pasal kem and sorts..Letih narnya.Ye la,jalan kaki+bercakap=double energy!About 3/4 tasik,ada cam satu bukit.At first tak nak naik.Tapi saje nak cabar diri.Naik gak la.Dari atas tu nampak full tasik Lawa siot!Kat ats bukit tu ada cam jambatan.So jalan2 pusing2 bukit tu jap.On the way turun,jumpa Abang Am.Tanya Abang Am,tak nak naik ke menara tinggi tu?Abang Am kata tak payahlah..tak larat.Aku gelak je.Dah nak sampai bawah,jumpa plak Nazia,budak TTDI.Saje tegur dia.

At last,kitorang sampai gak.Masa lalu depan khemah pesuruhjaya tetiba dengar nama Leyya kena panggil.Terkejut kitorang.Rupanya Pn. Azizah..Dahlah panggil pakai hailer.Ingatkan ada apalah.Kitorang pun pusing nak masuk khemah tu.Lalu sebelah Norma,senyum kat dia tapi dia buat tak tau je.Punya panas la masa tu..terus duduk bawah kipas.Bukan je dapat duk bawah kipas tapi siap dapat makan lagi!!Wah,bestnya!Elyssa dah tak tau mana dia pegi.Sorry la ek Elyssa..time kau tengah berpanas entah kat mana,aku ngah syok makan sambil duduk bawah kipas.Hehe..

Lepas makan.kitorang pegi balik tempat kitorang berkumpul..Sambil diorang tengah buat kuiz apa tah.Malas ambik tau.Lepas those kuiz,ada penyampaian hadiah.seklah aku menang gak la..tapi semua third place!Sekolah menengah paling banyak kutip.pesuruhjaya and student.Third pun third lah.Janji dah menang.Lepas penyampaian hadiah de lucky draw.

Penat gilerr tunggu lucky draw.Tak kena pun.Tengah boring tunggu,aku perasan yang Norma ada nearby.Naaaak sangat cakap ngan dia!Tapi takut dia tak layan lak.Alahai!Agaknya dia perasan aku asyik tenung dia je,dia blah.Memang lar dapat dengar suara tapi aku nak cakap dengan dia!

Aku dah lama ada nombor Norma tapi tak pernah contact coz tak berani.Tapi memandangkan aku tak dapat cakap langsung dengan dia,aku bagi misscalled.Tak caya siot!Dia call aku balik!Gilerr tak caya!Aku cam orang sewel time tu,Asyik ulang benda sama,"She called me back!!"Leyya dah tak tau nak kata apa.Then aku message ngan Norma sebab tak berapa jelas apa yang dia cakap tadi.Memang sah tu nombor dia and tak sangkanya,dia layan gak message ngan aku ek?Ye la,dia bukan ok sangat dengan orng bertudung ni.So kena la menyamar jap.Menyamar pun aku still guna nama aku.

Kupon makan tak guna lagi.So,pegi tebus jap.Banyak gilerr dapat rotiJadi mangsanya,beg aku.Aku dah lah ngah 'sibuk' messaging Norma ni.Dari tempat aku diri leh nampak dia narnya.Leyya dah geleng kepala.Elyssa tak faham nape aku excited sangat narnya.Takpe la Elyssa,kau tak tau.Aku je tau nape aku excited sangat.Hehe..

Masa on the way nak balik kat bas,lalu depan khemah scouts.Leyya gi pandang2 khemah tu plak.Dah tu siap cakap,"I think dia tengah reply msg u la,"Alahai..kot ye pun nak cakap,tunggu la dah lalu nanti.Ni depan2 khemah jugak nak cakap.Hisy!

Dekat setengah jam jugak la kitorang message.Walaupun tengah sakit perut,leh senyum lagi.Elyssa siap tanya lagi,"Kalau sakit.kenapa senyum?"Alamak,dia perasan ke?Malu siot!Kalau dia tau la apa sebabnya aku asyik sengih je,mesti malu gilerr!Mintak selamat la benda ni..Aku sendiri tak tau kenapa aku nak cakap dengan dia kalau aku nampak dia..

Apapun seronok la...

2 comments:

Anastácio Soberbo said...

Hello, I like this blog.
Sorry not write more, but my English is not good.
A hug from Portugal

Nurul Kamariah said...

aishah...aishah