Sunday, March 25, 2007

Wilderness Adventure Camp at Tuba Island,Langkawi...

Hari ini baru balik dari Langkawi.Nak dengar ceritanya?Ini perjalanan saya sepanjang camping tu...

SABTU(17 MAC 2007)
Sebelum pergi Langkawi,para peserta kena berkumpul di Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur pada pukul 9 malam.Selepas mendaftar,para peserta diberikan sehelai t-shirt yang berwarna oren-putih/putih-oren.Dibelakangnya ada tertulis "KL Team".Lebih kurang pukul 10-11 malam,kitorang bertolak ke Jeti Kuala Perlis.Ada 4 perhentian sebelum ke Jeti.

AHAD(18 MAC 2007)
Kami tiba di Jeti Kuala Perlis pada pukul 6 pagi.Selepas sarapan kami menunggu beberapa buah negeri yang lain untuk tiba.Kami tidak tahu negeri apa,tapi yang pasti ada negeri lain. Lebih kurang pukul 8 pagi,kami dibenarkan naik feri.Lebih kurang 1-2 jam selepas itu kami tiba di WILDERNESS CENTRE SDN.BHD. 7 orang peserta SMK Desa Perdana telah dipecahkan.Juga peserta-peserta negeri lain.Kali ini,baru saya bercerita tentang perjalanan saya.Selepas pembahagian kumpulan,kami masing-masing tidak berjumpa.Selepas itu,upacara perasmian dimulakan.Saya dimasukkan ke dalam kumpulan(clan) GACRUX. Kumpulan ini terdiri daripada 18 orang peserta yang datang dari KL,Terengganu,Negeri Sembilan,Pahang.Sarawak dan W.P.Labuan.Trainers saya ialah Abang Shafikh and Kak KD(atau nama sebenar,Siti Khadijah).Kami diberi nombor giliran.1-20,tetapi 19 dan 20 itu nombor cikgu.Saya mendapat nombor 16.Selesai upacara perasmian,kami diberikan makan tengahari dan seterusnya dibenarkan ke campsite masing-masing.Campsite kami diberi nama Sungai Bagan(SB).Sebaik sahaja tiba di campsite,kami harus mendirikan khemah/shelter. Selesai mendirikan khemah,kami disuruh menukar kepada pakaian basah(tak nak pun takpe).Setelah itu,kami dibawa ke laut dan kami akan melakukan water confidence.Sambil itu kami diajar untuk membuat "survival stroke".Selesai aktiviti laut,kami menukar pakaian dan dibahagikan kepada 3 kumpulan(akan bertukar-tukar) iaitu HYGIENE,COOKING dan LEADER.Hygiene akan membasuh segala peralatan selepas masak dan makan.Cooking akan memasak dan menyediakan menu.Leader pula akan membantu trainers dan guru.Mereka juga perlu mengisi air ke dalam botol-botol air pada setiap malam.Malam itu selepas makan,kami ada aktiviti malam.Kami bermain game dan diajar sebuah lagu.Lebin kurang pukul 10-11 malam,kami dibenarkan masuk tidur.Kami disuruh bangun pada pukul 5.30 pagi.

ISNIN(19 MAC 2007)
Pagi ini,kami terlambat bangun.Mungkin kami tidak biasa bangun terlalu awal.Kami hanya bangun selepas dikejutkan oleh Kak KD(pukul 6 pagi).Apalagi kami kelam kabut untuk memasak(group cooking).Lebih kurang pukul 10 pagi,barulah kami siap untuk bermain kayak dan telah menukar pakaian basah semalam.Sebelum berkayak,kami diajar cara mengangkat kayak,memakai PFD,berkayak dan memegang paddle.Kami berkayak hingga ke Pulau Batu Reban(seberang campsite kami).Setelah menikmati makan tengahari dan berehat,kami diajar membuat "capsised drill". Kami diajar membetulkan kembali kayak yang terbalik,bagaimana untuk naik kayak seorang demi seorang dan stabilkan kayak.Selepas itu,kami dibenarkan berkayak disekeliling pulau.Ada salah seorang dari kami yang disengat obor-obor.Selepas habis berkayak,kumpulan cooking bersiap sedia untuk masak selepas menyalin pakaian.Malam itu selepas makan seperti biasa,kami melakukan aktiviti malam.Selesai aktiviti,masing-masing kepenatan dan masuk tidur awal.

SELASA(20 MAC 2007)
Hari ini kami akan berpindah ke campsite yang baru.Untuk berpindah ke campsite yang baru,kami perlu membuat "jungle-trekking".Sebelum itu kami diajar cara menggunakan kompas,membaca kompas,membaca peta,menentukan arah dan dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu,NAVIGATOR(penunjuk arah),PACER(pengira langkah) dan SWEEPER(check kalau ada barang tercicir atau sampah).Selesai bersiap dengan barang yang perlu dibawa,kami bersiap untuk bertolak.Itupun selepas dimarah oleh Kak KD dan Abang Shafikh kerana pagi itu itu kami lambat lagi.Pukul 1 tengahari,kami bertolak.Kami perlu mendaki bukit.Oh,tidak!Semasa mendaki,kaki saya tiba-tiba sakit.Kesian Kak KD,dia terpaksa berlari mendaki bukit untuk menolong saya.(Dia berada di bawah sekali.)Thanks Kak KD!Lebih kurang pukul 6 petang,kami tiba di campsite bernama Water Tank 2(WT2).Kami hanya diberi masa 1 jam sahaja untuk memasak.Malam itu kami membuat aktiviti malam berhampiran jalan raya.Ini kerana campsite kami agak jauh ke dalam hutan.Malam itu kami tidur awal,pukul 9 malam.Kami perlu bangun pada pukul 3 pagi kerana perlu pindah campsite selepas habis aktiviti atas kapal besar,"REEF EXPLORER".

RABU(21 MAC 2007)
Hari ini kami berjaya bangun sendiri.Trainers kami tidak tidur malam tadi.Mungkin bergilir-gilir tidur kerana tidak cukup tempat untuk mendirikan khemah trainers.Kak KD tertidur ketika kami sedang sibuk memasak dengan riuh macam kenduri kahwin.Sebaik sahaja kami terpandang yang Kak KD tertidur di atas tarp berhampiran dapur,serta merta kami menjadi senyap kerana kami tahu Kak KD terlalu penat melayan kami.Namun itu hanya sementara.Kami kembali menyanyi dengan riangnya kerana first time kami tidak dimarahi oleh trainers di awal pagi.Tak lama kemudian,Kak KD terbangun dan pergi ke toilet.Namun, impian kami musnah.Kami tetap dimarahi oleh Kak KD dan Abang Shafikh.Sebenarnya bukan Abang Shafikh yang marah tetapi kakaknya.Ini kerana ketika kami memasak,gas habis.Jadi, 2 orang peserta kami yang meminjam gas dimarahi.Peserta perempuan pula dimarahi kerana di tandas perempuan tiada baldi.Selama ini kami mencuci dengan botol kosong yang terdapat berhampiran dengan tandas itu.Apa lagi,pesrta perempuan hanya tunduk apabila dimarah. Masing-masing tunjuk muka sedih.Bukan perempuan je yang kena,lelaki pun sama kerana semua baldi di tempat lelaki.Tepat pukul 7 pagi,kami bertolak ke base-camp dengan berjalan kaki.Sambil berjalan kami menyanyi.Kami mengambil masa lebih setengah jam untuk tiba di base-camp.Kami bergandingan dengan kumpulan ACRUX untuk aktiviti kapal besar.Kami perlu menaiki sebuah kapal kecil untuk ke kapal "REEF EXPLORER".Ketika kami,GACRUX,menjalankan aktiviti "FOSTIST" dan "BOOM",kumpulan ACRUX mendengar taklimat.Selepas kami selesai,ACRUX pula yang mengambil alih.Kami pula yang mendengar taklimat.Duduk dalam bilik air cond!Masa nak pegi campsite baru,kami kena naik balik kapal kecik tadi.Saya jumpa balik Kausar.Oh,rindunya!Seminggu tak jumpa.Farah tak jumpa,Renuga,Yee Ching,err sapa lagi ekk?Lepas naik kapal kecik,kami ke sebuah pulau yang dipanggil Pulau Tiloi.Masa tu,kami tak tau lagi.Kami dibahagi kepada 3 kumpulan yang berlainan untuk turun ke pulau itu.9 orang mengikut Abang Shafikh,9 orang lagi mengikut 2 orang cikgu manakala yang lain termasuk saya,mengikut Kak KD.Sebelum ke campsite,kami menikmati makan tengahari dulu.Selepas makan kami berjalan menuju ke campsite.Seperti biasa,kami perlu memasang khemah dan memasak makan malam,Untuk kali pertama,Kak KD menolong kami menyediakan makan malam.Selapas makan malam,kami mengadakan aktiviti malam yang terakhir.Kami dibenarkan bercakap apa saja untuk kali terakhir.Kami masuk tidur awal malam itu.

KHAMIS(22 MAC 2007)
Oleh sebab kepenatan semalam,kami terlewat bangun.Peserta perempuan dikejut oleh Kak KD.Saya orang pertama terbangun kerana Kak KD duduk di hadapan saya.Saya terjaga dan badan saya sakit akibat tertidur di atas kasut.Ini kerana malam tadi beberapa orang peserta perempuan yang membincangkan tentang clan-cheers.Mereka membentang tarp baru(sebab tarp lagi satu dah tak muat & saya tidur di hujung)dan tidak mengalihkan kasut yang ada di tarp lama.Pagi itu,setelah memastikan tiada lagi sampah dan barang yang tertinggal,kami berangkat ke tepi pantai.Kami dapati kumpulan ACRUX telah tiba lebih awal.So,diorang dapat naik bot dulu.Sementara menanti bot,kitorang main 1 last game.Nama dia "Hands Up".Then,bot kitorang sampai.Kitorang dah dibahagi 3.6 orang ikut Abang Shafikh,6 orang ikut cikgu Dan 6 orang lagi ikut Kak KD.(mengikut nombor)Yang mengikut Kak KD pegi dulu sebab kena bawak tong gas!Oleh sebab ramai dah masuk bot dulu,tinggallah saya ngan Kka KD yang belum masuk lagi.Oleh sebab itu,saya dapat duk sebelah Kak KD,depan bot.Dahlah duk depan,bot tu pulak laju!Abih mata masuk pasir.Then,sampai;ah kat base camp.Banyak kumpulan dah sampai kat sana.Kitorang disuruh membasuh tarp.Dah abis basuh,jemur,lepak jap baru pegi amik beg(kitorang diberi beg sementara sepanjang camp).Pastu,Kak KD BAGI t-shirt WCSB yang kaler hitam merah.Sesuai ngan kaler topi dia yang kitorang dapat awal camp.Then,kitorang salin baju tu,pastu duduk kat kerusi yang siap tertulis nama clan.Kitorang dah berkumpul dengan clans lain.Then,upacara penutup.Setiap clan kena buat clan cheers and persembahan.Habis tu,berkumpul balik untuk amik sijil.Ada yang sibuk mintak no telefon trainer(saya sorg je sebenarnya).Then,kitorang dibenarkan berkumpul dalam kumpulan negeri masing-masing.Selepas tu nak naik feri.Tapi sebelum tu saya gi jumpa Kak KD pasal sijil saya ada salah ejaan.Kak KD nak alamat rumah and no telefon.Sy pun bagilah.Then saya salam ngan Kak KD.Dia sempat bagi pesanan supaya rajin belajar. Kitorang turun kan Jeti Kuah.Then budak KL start untuk pegi shopping!Memula gi tengok gamat.Emm...malas!Then kitorang ke Billion.That's a shopping complex.Masa balik dari toilet,jumpa Abang Shafikh.Tegur dia,tapi dia buat donno je.Habis shopping apa semua,kitorang ke chalet.Chalet tu kena kongsi 5 orang satu bilik.So,Saya kongsi dengan Kausar,Farah,Lisa & Yee Ching.Wah,apalagi masing-masing berebut bilik air and sibuk bercerita pasal camp and trainer masing-masing.Saya paling kritikal coz dah rindukan trainer.Malam tu,kitorang berlima kongsi katil.Oklah walaupun sempit,tapi tak sesempit khemah!Esok nak kena bangun kul 6.30 pagi.

JUMAAT(23 MAC 2007)
Hari ni dah nak balik KL.Pukul 8,kitorang bertolak.Ada perhantian jugak.Sempatlah call family.Kejap je coz syiling dah abis.Malam baru sampai KL.Sepanjang jalan tu kitorang habiskan dengan tidur,nyanyi dan main!Riuh bas tu berbanding masa pegi!Hi indahnya waktu tu.Tapi bila dah sampai KL,masing-masing dah hilang suara coz memekak dalam bas.

1 comment:

D'zini said...

hai nurul.... what what a complete report pasal wilderness camp ye... heheheh saya ni bro fauzi one of the trainer kat wilderness langkawi... good good... teruskan share feeling and experiece dari pulau tuba kat blog ni ye... lagi satu, dah masuk blog wilderness yang bro buat belum? ok sila visit http://wildernessmalaysia.blogspot.com untuk perkembangan di wilderness